Thursday, December 22

Bagaimana Cara Pemindahan jantung dibuat -Video Penuh

Jantung adalah salah satu organ yang paling penting dalam badan kita, ia bekerja tanpa henti untuk memberi tubuh badan kita kira-kira 2.5 bilion kali  degupan (pam) sepanjang hayat kita. Ia sentiasa berdegup dan sentiasa hidup sepanjang masa sehinggalah  apabila ada masalah, kita akan berada masalah besar. Pemindahan jantung (heart transplantation) pada masa kini telah berkembang maju dan menjadi rawatan pilihan bagi kebanyakan orang yang mengalami kegagalan jantung terutama  yang mempunyai gejala yang teruk walaupun telah mendapat rawatan perubatan yang maksimum.

Pada masa kini di peringkat global, para doktor melakukan kira-kira dengan 3500 pemindahan jantung setahun. Sebahagian besar kira-kira 2,000 ke 2,300 pemindahan, dijalankan di Amerika Syarikat. Ia merupakan sesuatu yang tidak ramai di antara kita mahu lihat prosesnya, tetapi semua orang perlu tahu apakah sebenarnya proses dan prosedur pemindahan jantung yang terlibat. Berikut adalah video dengan lebih dekat bagaimana pemindahan jantung sebenar dibuat. Rakaman ini menunjukkan sejauh mana Sains Perubatan kita telah berkembang untuk menyelamatkan nyawa.

Pun begitu, secanggih mana pun teknologi perubatan, sepakar mana pun para Doktor kalau tidak ada penderma yang rela hati untuk menderma organ, maka semua ini tdak akan berlaku. Terima kasih kepada penderma jantung dalam video di bawah. Sudah pasti pemiliknya telah pun mati namun jantungnya memberikan satu kehidupan yang baru kepada penerima. Salute!



EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan