Friday, December 30

Pesakit Buah Pinggang Boleh sembuh Dengan Hanya Makan Nasi.

Latar belakang

Rawatan "rice fasting" atau "rice diet" atau lebih mudah difahami "memakan nasi sahaja" merupakan kaedah rawatan yang telah lama dipraktikkan seawal 1930an lagi dan telah dipelopori oleh seorang pengamal perubatan tersohor bernama Walter Kempner MD. Ianya seolah olah telah dilupakan atau sengaja dipinggirkan kerana kaedah rawatan ini mendapat pandangan sinis "skeptisme" dikalangan pengamal perubatan moden mahupun masyarakat ditambah lagi kaedah yang digunakan tidak menggunakan apa-apa ramuan atau ubatan khusus.



Rice diet bukan sahaja boleh menyembuhkan pesakit buah pinggang kronik malah penyakit seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, diabetes, arthritis, dan juga obesiti mendapat manfaat.

Walaupun telah dilupakan tetapi kaedah rawatan "rice diet" ini masih dipraktikkan pada masa ini malah masih mendapat tempat dikalangan pengamal perubatan alternatif. Sebagai contohnya John McDougall, MD. yang mana beliau pada disember 2013 telah membuat ulasan terperinci mengenai usaha dan penemuan Kempner dan memaparkannya dalam laman sesawang beliau.

Berikut adalah ulasan oleh Dr. John McDougall yang telah alih bahasa agar mudah difahami.






Kempner, merupakan doktor perubatan dan ahli sains penyelidikan, adalah bapa kepada terapi diet moden dan pencipta rice diet. Semua orang yang telah mengikuti jejak langkah beliau, termasuk Nathan Pritikin, Dean Ornish, Neal Barnard, Caldwell Esselstyn, dan saya sendiri, terhutang penghormatan kepada lelaki ini dan kerja-kerja beliau.

Program rice diet Kempner bermula di University Duke di Durham, North Carolina pada tahun 1939. Rawatan ini adalah satu terapi mudah dengan menggunakan nasi putih, buah-buahan, jus, dan gula, dan dikhaskan hanya kepada pesakit yang tenat sahaja. Walaupun kaedah ini berteknologi rendah, manfaat rice diet jauh lebih berkesan berbanding dengan penggunaan ubat - ubatan moden atau pembedahan yang ditetapkan untuk keadaan yang kronik, termasuk penyakit koronari arteri, jantung dan ginjal, tekanan darah tinggi, kencing manis, artritis, dan obesiti.

Pada asalnya terapi diet ini hanya digunakan untuk tempoh masa yang singkat dan di bawah penyeliaan rapi kerana kebimbangan akan berlaku kekurangan zat pemakanan terhadap pesakit, namun hasil daripada rawatan ini membuktikan rice diet adalah selamat dan cukup bernutrisi kepada sebahagian besar pesakit.

Satu kejayaan besar berlaku secara tidak sengaja pada tahun 1942 apabila salah seorang pesakit Dr. Kempner,(yang mengikuti rawatan "rice diet) wanita berusia 33 tahun dari North Carolina yang mengalami masalah glomerulonephritis kronik (penyakit buah pinggang) dan papilledema (penyakit mata) gagal mematuhi arahannya. Kerana loghat Jerman Dr. Kempner yang pekat telah disalah faham oleh pesakit berkenaan. Beliau mengarahkan pesakit tersebut untuk kembali dalam masa dua minggu, namun pesakit tersebut hanya kembali selepas dua bulan, Mengejutkan kerana pesakit tersebut dengan tiada tanda-tanda penyakit, malah dengan kesihatan yang semakin pulih . Wanita itu mengalami penurunan yang dramatik pada tekanan darah beliau, iaitu dari 190/120 kepada 124/84 mmHg, tiada kerosakan pada mata, dan penurunan ketara pada saiz jantung.

Selepas pengalaman ini Dr Kempner mula merawat pesakit beliau untuk tempoh masa yang lebih lama berbanding hanya 2 minggu sebelum itu, dan beliau juga telah mengembangkan rawatan kepada pesakit yang kurang kronik dan penyakit tidak begitu serius iaitu pesakit dengan penyakit yang agak kecil, seperti tekanan darah tinggi rutin (160/100 mmHg), sakit kepala, keletihan yang kronik, sakit dada, edema (bengkak kaki disebabkan pengumpulan cecair), xanthoma (pembentukan lemak), pseudotumor cerebri (tumor otak), dan psoriasis.

Rekod Perubatan Walter Kempner

Sepanjang kerjaya beliau, rakan-rakan profesional beliau mahu Dr. Kempner untuk membuat kajian secara rawak dan kajian secara terkawal.(kajian perbandingan antara dua kumpulan pesakit) Walau bagaimanapun dalam kajian yang direka cara ini, separuh daripada pesakit akan dirawat dan separuh lagi akan dibiarkan tanpa rawatan. Etika perubatan beliau tidak akan membenarkan beliau untuk menidakkan terapi rice diet yang telah terbukti ini kepada mana-mana pesakit. Oleh itu beliau enggan. Tambahan pula, beliau telah menegaskan bahawa semua pesakit adalah dirawat dan keberkesanan rawatan merupakan hasil kajian yang utuh. 

Dr. Kempner telah mendokumenkan keberkesanan rawatan beliau itu dengan menjejaki perubahan pesakit dari segi bacaan kolesterol, tekanan darah, gula darah dan berat badan, berserta dengan gambar. Hasilnya, rekod itu menunjukkan bahawa 93% daripada pesakit dengan kolesterol tinggi mendapat manfaat dengan purata pengurangan dari 273 mg/dL sebelum rawatan kepada 177 mg/dL selepas rawatan. Pengurangan kolesterol dilihat lebih berkesan berbanding dengan penggunaan ubat statin. Malah tanpa kos yang besar dan risiko yang rendah. Kajian beliau juga menunjukkan bagaimana pemakanan tinggi karbohidrat ini (rice diet) mengurangkan kandungan gula tinggi dalam darah malah diabetes jenis-2 juga sembuh!

Berikut adalah contoh manfaat rice diet Dr. kempner:



Mengurangkan Obesiti melampau (gambar atas) : Dalam satu artikel beliau hasil daripada 106 pesakit mengalami kegemukan melampau dirawat sebagai pesakit luar dengan Rice Diet, senaman, nasihat motivasi dan di bawah pengawasan harian dilaporkan Kehilangan berat purata sebanyak 63.9 kg (141 paun). 43 pesakit telah mencapai Berat badan ideal.



Menyembuhkan tekanan darah tinggi yang teruk (gambar atas). Pada mulanya, Dr. Kempner hanya merawat pesakit dengan keadaan yang hampir membawa maut, seperti tekanan darah tinggi malignan (tekanan darah dalam julat 220/120 mmHg). Keadaan kritikal ini, menyebabkan pesakit sering mengalami risiko kegagalan jantung dan kegagalan buah pinggang dan kerosakan mata (dengan pendarahan retina, pembengkakan mata). Yang mana pada masa kini pesakit seperti itu akan dirawat menggunakan ubat-ubatan yang kuat dan pembedahan laser, dengan risiko dan kos yang jauh lebih besar berbanding manfaatnya.




Menghentikan pendarahan dan exudates(rembesan cecair dari salurdarah yang pecah) - (gambar atas). Mata adalah jendela kepada keadaan sistem saluran darah dan organ-organ utama di seluruh badan. Dengan melihat (dengan oftalmoskop) ke belakang mata (retina) doktor sebenarnya boleh melihat kerosakan yang berterusan, yang tidak terhad kepada mata sahaja, tetapi juga apa berlaku di dalam buah pinggang dan tisu-tisu lain. Gambar retina menunjukkan bagaimana rice diet menyembuhkan pendarahannya (hemorrhages) dan bocor (exudates) pada saluran darah. Ini membuktikan bahawa keupayaan badan secara dramatik untuk sembuh dengan persekitaran yang menyokong diet yang sihat.



Menyembuhkan Penyakit Jantung (gambar atas). Penyempitan arteri jantung (koronari) disebabkan oleh aterosklerosis (hasil diet Barat) menyebabkan sakit dada (angina) dan perubahan pada elektrokardiogram yang (EKG menunjukkan gelombang "T" terbalik). Rice diet dapat melegakan sakit dada dan membetulkan ke-abnormalan pada bacaan EKG. Dalam erti kata lain, rice diet boleh menyembuhkan penyakit jantung biasa, yang menjejaskan kesihatan lebih separuh dari rakyat Amerika. Pada masa kini para doktor jantung biasanya akan menetapkan pembedahan jantung untuk masalah arteri tersumbat, dengan kos dan risiko yang jauh lebih besar dan jauh lebih sedikit manfaat.



Merawat Jantung (gambar atas) dan kegagalan Buah Pinggang. Pada peringkat akhir penyakit, diet Barat menyebabkan kegagalan organ-organ utama, termasuk jantung, buah pinggang, hati, dan otak. Pembesaran jantung, seperti yang dilihat pada dada x-ray (di atas), adalah tanda klasik kegagalan jantung. Rice diet  menyebabkan jantung yang besar (mengalami kegagalan) kembali kepada saiz normal dan fungsi seperti sedia kala. Fungsi buah pinggang juga secara dramatik meningkat, manakala pesakit juga semakin pulih.


Komposisi dalam Rice Diet.



* Beras kering biasa 250 hingga 350 gram sehari. Mana-mana jenis beras boleh digunakan selagi ia tidak mengandungi susu atau garam. Beras direbus atau dikukus dalam air kosong atau jus buah-buahan, tanpa garam, susu atau lemak. (Satu cawan beras putih yang kering seberat kira-kira 200 gram, dan mengandungi kira-kira 13 gram protein, 150 gram karbohidrat, 1 gram lemak, dan 700 kalori.) 

* Pengambilan kalori biasanya 2,000 hingga 2,400 kalori setiap hari. Pengambilan adalah berbeza-beza berdasarkan keadaan pesakit: Pesakit kurang berat badan diberi makan lebih banyak kalori, dan sebaliknya. 

* Buah-buahan dan jus buah-buahan adalah dibenarkan. 
* Buah-buahan kering boleh digunakan selagi tiada ditambah bahan lain selain gula. 
* Gula putih (gula kasar) boleh digunakan jika mahu (untuk penambah rasa)
*secara purata pesakit yang mengambil kira-kira 100 gram setiap hari (400 kalori) tetapi, jika perlu (untuk mengekalkan berat badan), sebanyak 500 gram (2000 kalori) boleh diambil. 
* Tiada avokado, kurma, atau kekacang. 
* Tiada tomato atau jus sayur-sayuran. 
* Vitamin Tambahan boleh ditambah dalam jumlah yang berikut: Vitamin A 5,000 unit, vitamin D 1000 unit, thiamine klorida 5 mg, riboflavin 5 mg, niacinamide 25 mg, kalsium pantothenate 2 mg. (Walau bagaimanapun, tiada pesakit Rice Diet selama lima bulan rawatan menunjukkan sebarang tanda-tanda (epitelium, neural atau metabolik) kekurangan vitamin. 
* Adaptasi kepada diet ini mengambil masa kira-kira dua bulan. 
* Senaman adalah digalakkan. rehat di atas katil hanya dinasihatkan pesakit yang keadaan yang nazak. 
* Pengambilan air adalah dihadkan terhadap pesakit yang sakit teruk iaitu kepada kurang daripada 1.5 liter (6 cawan) sehari untuk mencegah keracunan air (water intoxication) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. 
* Hanya segelintir pesakit buah pinggang yang tidak boleh bertahan dengan diet ini kerana mereka tidak mampu mengekalkan mineral dalam badan. 
* Setelah kesihatan pesakit pulih, sejumlah kecil sayur-sayuran bukan kekacang, kentang, daging tanpa lemak atau ikan (semua disediakan tanpa garam atau lemak) boleh ditambah dalam jumlah yang sedikit. Walau bagaimanapun, jika penambahan ini mengakibatkan kesan yang buruk (tekanan darah tinggi, pembesaran jantung, perubahan EKG tidak normal, keadaan buah pinggang atau mata semakin teruk, dan lain-lain), maka rice diet asas, tanpa pengubahsuaian, perlu diteruskan semula
* Pengawasan dan penyeliaan dari Doktor yang kompeten diperlukan terutamanya pesakit yang teruk.

Pecahan nutrien adalah kira-kira 2,000 hingga 2,400 kalori setiap hari (bergantung kepada berat badan pesakit): 95% karbohidrat, 4-5% protein (20 hingga 25 gram), 2 hingga 3% lemak (beras mengandungi asid lemak linoleik), 140 miligram kalsium, dan 150 miligram natrium setiap hari. Untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat maka pengambilan kalori perlu dihadkan.

Mengapa nasi putih dan Gula?

Salah satu sebab Kempner memilih nasi adalah kerana beliau percaya bahawa protein nasi mudah diserap dan tiada kerisauan untuk mendapatkan jumlah asid amino penting yang mencukupi. Beliau memilih beras berbanding dari sumber kanji lain kerana pada zamannya, hampir separuh daripada penduduk dunia menggunakan beras sebagai diet utama mereka.

nasi putih, berbanding dengan beras perang, telah digunakan kerana ia dianggap lebih menarik kepada orang ramai dan lebih mudah didapati. Nasi putih mengandungi kira-kira 8% daripada kalori sebagai protein. Badan hanya memerlukan sejumlah kecil protein setiap hari (kurang daripada 5% kalori daripada makanan). Hati dan buah pinggang perlu memproses dan mengeluarkan semula apa-apa protein telah dimakan melebihi dari keperluan asas, menyebabkan kerja tambahan pada organ dan inilah yang menyebabkan kerosakan apabila organ ini tidak berhenti daripada memproses protein berlebihan.

Dengan menambahkan gula putih dapat meningkatkan kalori tanpa protein dan lemak. Buah-buahan dan jus juga tinggi gula (karbohidrat) kalori dan rendah lemak dan protein. Manfaat utama rice diet boleh dicapai dengan mengurangkan beban kerja pada tisu dan organ-organ yang bermasalah dengan menyediakan ia pembakaran tenaga yang bersih yang terdiri dari  karbohidrat dan mengelakkan racun pemakanan biasa seperti garam, lemak, kolesterol, dan protein haiwan. Dalam persekitaran yang menyokong kuasa penyembuhan, badan boleh mengatasi kerosakan setelah disebabkan oleh makanan yang tidak sihat. Dr. Kempner menambah multivitamin, yang mungkin perlu kerana semua makanan yang halus dihidangkan.


Rice diet pada hari ini

Selepas hampir 70 tahun, pada tahun 2002 Duke University terputus hubungannya dengan rice diet. Program rice diet, bagaimanapun, terus dijalankan secara bebas sehingga kejatuhan 2013 di bawah arahan Robert Rosati, MD, apabila ia ditutup untuk perniagaan. Kitty Rosati (dengan suaminya, Robert) telah menerbitkan beberapa buku jualan terbaik kebangsaan mengenai rice diet.


Pada perenggan terakhir catatan Dr.Mcdougall, beliau mengakui bahawa Dr. Kempner banyak membantu dan mempengaruhi karier beliau dan telah membuka mata beliau bahawa terapi diet (rice diet) boleh menyembuhkan penyakit malah kekurangan nutrisi pemakanan tidak berlaku dengan pengambilan diet berasaskan tumbuhan (walaupun dengan ditambah dengan pengambilan gula) dan Kempner telah membuktikan bahawa kepercayaan dan tanggapan kebanyakan doktor perubatan yang mengatakan kejadian penyakit jantung hanya sedikit sebanyak berpunca dari diet pemakanan dan protin tambahan meningkatkan kesihatan dan karbohidrat menyebabkan kencing manis adalah salah!.

Dr.Mcdougall juga pernah menyarankan rice diet beberapa kali dalam setahun kepada beberapa pesakit beliau yang mengalami masalah jantung dan buah pinggang yang kritikal. Selain turut menasihatkan pesakitnya untuk mengikuti terapi diet McDougall Diet ( Diet berasaskan kanji dengan buah-buahan dan buah tidak berkanji-dengan penambahan sedikit garam dan gula untuk perasa) kepada hampir kesemua pesakitnya.

Menurut McDougall lagi, tidak salah untuk menikmati pasta, sos marinara, kacang burritos, atau nasi dan sayur masakan cina. Diet yang saya sarankan ini "McDougall diet" untuk yang hidup manakala "rice diet" saya khaskan kepada mereka yang "hampir mati". Beliau bersyukur sumbangan besar Dr.kempner kepada sains kesihatan malangnya disebabkan keuntungan yang lebih diutamakan berbanding kebajikan dan kesembuhan pesakit, terapi diet (rice diet) tidak diketengahkan dan semakin dilupakan.

Sumber Artikel asal


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan