Friday, December 30

Pesakit Jantung Boleh Di Selamatkan Sekiranya..

Serangan sakit Jantung merupakan salah satu kejadian penyebab kematian yang kerap berlaku dikalanganbmasyarakat dunia masa kini dan juga khususnya di Malaysia. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, dikatakan secara purata lebih kurang 20,000 penduduk di Malaysia diserang sakit jantung dan lebih membimbangkang 25 peratus daripadanya adalah golongan berumur di bawah 50 tahun.


Menurut hasil kajian PPUM, satu pertiga atau lebih 6000 pesakit setahun tidak dapat diselamatkan kerana meninggal dunia di rumah atau semasa perjalanan ke hospital. Malah jumlah pesakit jantung
di Malaysia turut dijangkakan akan meningkat sebanyak 28 peratus iatu hampir 26,000 pesakit setahun dalam masa 5 tahun akan datang. Begitu juga dengan kematian.

Tahukah anda bahawa serangan sakit jantung ini boleh dikesan seawal sebulan atau lebih sebelum
berlakunya kejadian serangan mengejut yang menyebabkan kematian. Sekiranya masyarakat peka dan mendapat pengetahuan asas bahawa anda bakal diserang penyakit jantung, maka lebih 6000 pesakit yang mati sebelum mendapatkan rawatan boleh diselamat kan.

Tubuh badan manusia amat unik dan kompleks dimana sebelum sesuatu penyakit itu terjadi atau menjadi teruk ia akan memberi kita isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan dan anda harus berbuat sesuatu untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk malah mampu mencegah kematian.

Dikatakan oleh para doktor dan penyelidik malah oleh pesakit sendiri bahawa badan anda akan memberikan isyarat amaran seawal 6 bulan sebelum berlakunya serangan jantung. Dalam masa kritikal inilah anda harus bertindak cepat supaya serangan boleh dielakkan dan rawatan awal boleh dilakukan.

Secara teknikalnya, serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang kaya dengan oksigen ke bahagian otot jantung tiba-tiba tersekat. Pada masa itu, jantung mula mengalami kegagalan akibat dari kekurangan oksigen. Sekiranya keadaan (tersekat) ini tidak dipulihkan dengan secepat mungkin, maka bahagian otot jantung itu tadi akan mati dan pada masa yang sama keseluruhan fungsi jantung akan terhenti dan menyebabkan kematian.

Salah satu tanda utama yang dirasakan oleh pesakit adalah mengalami keletihan melampau yang berterusan walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyebabkan kepenatan. Dalam keadaan inilah anda perlu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaan jantung dan kesihatan anda keseluruhannya.

Selain itu, satu lagi tanda awal serangan sakit jantung akan berlaku adalah pesakit akan mengalami masalah tidak dapat tidur (gangguan tidur) secara tiba-tiba tanpa sebab-sebab tertentu.

Sesak nafas merupakan indikator atau petanda utama kepada kejadian serangan sakit jantung. Jika jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi maka anda akan rasa sesak nafas.

Masalah ketidak-hadaman (senak) dan perut sentiasa kembung secara tiba-tiba walaupun anda tidak memakan sebarang makanan pedas ataupun makanan yang boleh menyebabkan keradangan. Maka anda harus pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Dua tanda terakhir yang mungkin pesakit alami enam bulan sebelum serangan sakit jantung ialah seperti; pesakit akan mengalami kegelisahan yang tiba-tiba tanpa tahu apa penyebab. pesakit juga mungkin akan mengalami lemah pada bahagian lengan atau rasa berat pada lengan/tangan. Ini berlaku kerana jantung tidak mendapat oksigen yang cukup untuk menghantar isyarat (impuls) ke saraf tunjang (tulang belakang). Semua saraf dari jantung yang menuju ke saraf tunjang mempunyai cabang menuju ke bahagian lengan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas.

Maka sekiranya anda mengalami salah satu atau lebih dari tanda-tanda yang disebutkan di atas, anda dinasihatkan berjumpalah dengan doktor serta merta. Ini boleh menyelematakan nyawa anda dan pada masa yang sama boleh mengurangkan statistik kematian disebabkan serangan sakit jantung.



EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan