Friday, December 30

Rawatan Alternatif Menyembuhkan Pendengaran.

Masalah pendengaran yang paling biasa akibat penuaan, tetapi hari ini, semakin banyak orang mengalami isu-isu seperti ini.






Kehilangan pendengaran secara mendadak menghalang keupayaan anda untuk berfungsi secara normal di dunia, dan ia boleh merumitkan kehidupan anda ke tahap yang tinggi. Sebagai contoh, anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah atau situasi yang tidak menyenangkan di tempat kerja, atau kehidupan anda mungkin terancam jika anda tidak dapat mendengar hon/bunyi kenderaan ketika berjalan atau memandu.

Terdapat banyak rawatan komersial dan ubat di pasaran pada masa kini, namun kami akan mendedahkan satu ubat (ramuan) semula jadi yang berkesan yang akan membantu anda mendapatkan semula keupayaan pendengaran dan mengurangkan masalah pendengaran.

Lebih menarik lagi, ubat ini juga memberikan kesan yang mujarab kepada semua golongan termasuk golongan warga emas berumur 80 dan 90 tahun ke atas. Ia dipercayai dapat memulihkan sehingga 97%  pendengaran anda.

Bahan yang anda perlukan untuk menyediakan ubat semulajadi yang menakjubkan ini sudah pun tersedia di dapur anda, dan ia adalah salah satu makanan yang mempunyai nilai penyembuhan iaitu tidak lain dan tidak bukan bawang putih.

Bawang putih mempunyai ciri-ciri perubatan yang kuat iaitu sangat membantu dalam rawatan pelbagai masalah kesihatan. Ini adalah cara untuk menggunakannya untuk membantu anda untuk mengembalikan pendengaran anda:


Apa yang anda perlukan:


  • 3 ulas bawang putih
  • Minyak zaitun
  • Kapas
  • Kain kasa / perca kain
  • Sudu
  • Penitis (dropper)
  • Mangkuk kecil



Cara - cara :

Ambil 4-5 ulas bawang putih dan dikupas terlebih dahulu, cuci dengan dengan air bersih, dan tekan hingga lumat atau potong dadu halus-halus. 

Masukkan 1 sudu makan minyak zaitun ke dalam mangkuk dan campurkan bawang putih yang sudah dipotong tadi. Dan lumatkan menggunakan sudu.

Tunggu dan biarkan ia sebati 1-2 jam.

Lapiskan kain kasa / perca kain di atas permukaan campuran tadi.

Kemudian, sedut campuran jus bawang putih dengan minyak zaitun tadi menggunakan penitis.

penggunaan: Biarkan dalam 15-30 minit campuran berada dalam telinga.

Anda perlu tuangkan 3-4 titis ubat dalam telinga. Tutup telinga dengan kapas. Berbaring sedikit untuk membantu minyak menembusi jauh ke dalam telinga. Biarkan dalam 15-30 minit campuran berada dalam telinga. Anda boleh merasakan kesan tidak lama lagi, dan anda pasti akan kagum!


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan