Monday, January 9

Melecur dirawat dengan kulit ikan.


Percaya atau tidak rawatan sebegini seakan tidak waras difikir akal namun ianya terbukti berkesan apabila rawatan percubaan pertama yang diberikan kepada wanita bernama Maria Ines Candido da Silva dari Russas Brazil yang mengalami kemalangan letupan gas ditempat beliau bekerja yang menyebabkan beliau melecur teruk di bahagian  tangan, leher dan muka.

Rawatan seumpama ini menggunakan kulit ikan Tilapia hidup yang telah dirawat kemudian dilapis di atas bahagian melecur dan dibiarkan dalam tempoh sehingga 11 hari. Rawatan yang diberikan kepada Maria merupakan rawatan pertama di dunia dilakukan oleh ahli saintis dari Brazil ini.

Dipercayai bahawa rawatan menggunakan ikan air tawar (Tilapia) ini mampu mengurangkan jangkitan pada luka, mempercepatkan penyembuhan pada kulit dan kulit ikan tersebut bertindak sebagai "plaster" pada kulit dan mengurangkan pembentukan bekas luka lecur.

Saksikan video di bawah.






EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan