Wednesday, March 8

10 kilogram Sisa Toksik Dalam Usus - Bagaimana Untuk Menyingkirkannya Dengan Mudah?






Ramai daripada kita mempunyai masalah dengan usus besar. Kita semua tahu bahawa kolon atau usus kita berfungsi untuk memproses dan memproses apa sahaja bahan makanan yang masuk ke dalam badan kita akan disingkirkan sebagai bahan buangan selepas memalui proses penghadaman.



Usus yang berfungsi dengan baik adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan kita. Di sini kita akan berkongsi cara-cara membersihkan kolon yang terbukti sangat berkesan. Ianya amat mudah dan sesiapa sahaja boleh melakukannya dirumah tanpa ubat tambahan atau peralatan hospital. Ia akan membantu kita untuk menghilangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh bahan buangan yang berlebihan dan ia akan meningkatkan penghadaman kita.


Bahan-bahan yang diguanak ini akan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan dan berkesan akan menyahtoksik kolon anda. Ia kaya dengan serat, zat dan vitamin dan akan membantu anda menghilangkan semua toksin dari badan anda.

Ramuan kombinasi MADU dan EPAL

bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar madu ORGANIK
1 sudu besar biji CHIA
1 sudu besar biji bunga flaks (biji rami)
1 biji buah epal (hijau)


Cara Penyedian:

Masukkan semua bahan bersama-sama dalam pengisar,  kisar sampai sebati sehingga benih chia jadi kembang. Pindahkan ke dalam cawan lebih besar dan boleh minum. Minum ramuan semasa perut masih kosong.



Biji Chia kaya dengan protein, nutrien, vitamin, Omega 3 asid lemak dan serat,  sangat baik untuk sistem penghadaman anda dan kesihatan jantung.



Kita semua tahu bahawa madu mempunyai khasiat antiseptik, anti-virus, anti-kulat dan ciri-ciri antibakteria dan akan melindungi anda daripada kanser kolon.

Biji rami (flaxsseed) kaya dengan asid lemak omega 3, antioksidan dan serat, yang juga sangat baik mencegah dan merawat  kanser kolon. Ia juga sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular dan penyerapan nutrien oleh usus.

Bak kata pepatah Inggeris, "Makan sebiji epal sehari dan anda tidak perlukan doktor lagi " jadi tidak hairanlah ia termasuk dalam ramuan yang hebat ini. Ia mengandungi banyak  serat larut dan serat tidak larut, yang merangsang pencernaan yang sempurna.

Jika anda minum campuran ini setiap hari anda akan menyingkirkan beberapa kilogram sisa toksik dari usus anda. Ia sekaligus akan membantu anda membersihkan usus anda dan meningkatkatkan proses pencernaan dan penghadaman dalam  usus yang amat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Usus yang sihat memberikan kesan kesihatan yang optimum.


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan