Wednesday, March 8

Kekurangan Vitamin B-12 Merbahaya.




Kekurangan vitamin B-12, atau terma perubatan hypocobalaminemia, merujuk kepada tahap kekurangan vitamin ini dalam darah seseorang.
Kekurangan vitamin ini  akan menimbulkan banyak tanda dan gejala yang berkaitan dengan kesihatan psikologi dan emosi pada individu.
Punca kekurangan Vitamin B-12 :-
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
  • Genetik
  • Kekurangan zat makanan
  • Perut atau usus tidak menyerap dengan sempurna
  • Keradangan kronik pada perut
  • Parasit dalam usus
  • dan banyak lagi.

Vitamin ini adalah penting untuk fungsi otak yang sihat, penghasilan sel-sel DNA, saraf dan darah serta sistem imuniti yang sihat.
Sumber utama Vitamin B-12 
  • Produk haiwan seperti daging, susu, telur, dan kerang.

Sekiranya tidak dirawat, kekurangan vitamin B-12  boleh menyebabkan penyakit darah yang serius dan masalah berkaitan neurologi. Kami mendedahkan 5 tanda-tanda amaran yang paling biasa   yang berkaitan dengan kekurangan vitamin B-12.

  1. keletihan yang tidak dapat dijelaskan
Jika anda berasa letih walaupun anda telah tidur dengan baik dan mencukupi (8 jam), dan anda sentiasa kekurangan tenaga, badan anda mungkin kekurangan vitamin ini. Sebabnya ialah kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang merupakan salah satu fungsi B12. Dalam kes ini, pengangkutan oksigen ke organ-organ tubuh terhalang dan menyebabkan rasa keletihan.

  1. Pening
Kekurangan B12 mungkin menyebabkan pening dan gayat, serta terhuyung hayang apabila anda bangun dengan cepat daripada posisi duduk, dan apabila anda naik atau turun tangga.

  1. Pelupa
Tahap B12 rendah juga mungkin membuat anda selalu lupa. Anda mungkin mengesyaki ia adalah demensia awal, tetapi menjadi seorang yang pelupa  yang kronik merupakan gejala biasa bagi kekurangan vitamin ini. Namun, anda boleh meningkatkan fungsi memori anda hanya dengan mengambil makanan tambahan dan meningkatkan pengambilan B12.

  1. Pin dan jarum
Kekurangan B12 sering menyebabkan rasa seperti dicucuk pin dan jarum di seluruh tubuh, (semut-semut) vitamin ini memberi impak dalam pengeluaran sel-sel darah merah, seterusnya mengawal tahap oksigen dalam darah. Kebas atau rasa seperti kejutan elektrik mungkin disebabkan oleh kerosakan saraf.

  1. Otot yang lemah
Sekiranya otot tidak mendapat jumlah oksigen yang mencukupi dari sel-sel darah merah, ia akan menjadi lembap dan lemah.

Apa yang perlu dilakukan?
Anda perlu mengambil lebih hasilan tenusu, telur, ayam dan protein daging haiwan, dan mengambil makanan tambahan Vitamin B12. Ada yang menasihatkan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai methylcobalamin, yang meruapakan lebih mudah diserap dalam badan anda.

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan